Saturday, November 21, 2009

Universiti Sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan

Universiti-universiti awam mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai pusat kecemerlangan sukan atau COESport. Kementerian Pengajian Tinggi telah mengenalpasti universiti berikut:Universiti Putra Malaysia (UPM)  - Ragbi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Kriket
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Sukan Mendayung
Universiti Teknlologi MARA (UiTM) - Bolasepak

Untuk menjadi atlet yang cemerlang sudah semestinya kita mendapatkan khidmat atlet yang ada pengalaman. Persediaan untuk sukan mengambil masa yang lama dan bukan sekadar satu dua tahun. Oleh itu pelajar yang akan memasukki universiti yang dikenalpasti hendaklah sudah berpengalaman dalam sukan-sukan yang berkenaan. Adakah dengan usaha yang baik ini, ahli sukan berkenaan akan diberikan sedikit kelonggarang dari syarat kemasukkan?

Usaha untuk menjadikan Universiti sebagai pusat kecemerlangan sukan adalah amat baik dan positif dan masih tidak terlambat untuk melakukannya. Universiti ada kepakaran dalam bidang-bidang yang khusus dan kepakaran ini akan menjadi rugi jika tidak digunakan sepenuhnya. Semoga usaha ini akan membuahkan kejayaan dan menjadi kesinambungan kepada program pembangunan sukan di peringkat sekolah iaitu Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolag (SPTS).

Friday, November 20, 2009

Santokh Singh Koma

Saya mendapat mesej ini melalui tweeter dan nak berkongsi dengan pelawat. Berita BERNAMA ini saya petik dari Malaysiakini.


Nov 20, 09 7:27pm
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Santokh Singh masih koma sejak pengsan di kediamannya empat hari lepas.

Santokh, 57, kini mendapat rawatan pakar di Unit Rawatan Rapi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan berada dalam keadaan stabil.

Isteri kepada pemain yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972 itu, Taljit Kaur berkata suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit sebelum pengsan pada kira-kira pukul 11 pagi di kediamannya di Setapak, Isnin lalu.

"Sebelum ini saya lihat beliau begitu sihat malah sempat mengendalikan program kejurulatihan sehari sebelum itu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Taljit berkata sehingga kini doktor belum dapat mengenal pasti penyakit yang dihadapi suaminya namun doktor hanya maklumkan Santokh mengalami jangkitan virus. 

Sementara itu, setiausaha agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Amin yang mengunjungi Santokh berkata pengorbanan pemain di posisi pertahanan Malaysia pada era kegemilangannya pada tahun 1970-an tidak ternilai dan berharap semua peminat bola sepak tempatan mendoakan agar Santokh segera sembuh.

Yang turut hadir melawat beliau ialah bendahari FAS, S Siva Sundram dan bekas rakan sepasukan yang pernah bersama beliau dalam skuad Selangor.

"Beliau bukan hanya legenda bolasepak bagi pasukan Selangor malah boleh dikatakan sebagai legenda bolasepak Malaysia yang telah banyak menyumbang jasa kepada negara.

"Bagi membantu Santokh, FAS akan berusaha untuk memberi semua kemudahan yang diperlukan oleh beliau dan keluarga sebagai tanda penghargaan bagi dirinya," katanya. BERNAMA

Rokok Dan Sukan Tidak Sepatutnya Bersama

Saya amat bersetuju dengan kenyataan ini:


KEJAYAAN atlit melonjakkan nama baik negara bergantung kepada pendidikan, sikap profesionalisme mereka dan pembabitan semua pihak termasuk program komprehensif yang dirangka, bukan kerana ketiadaan tajaan daripada syarikat rokok.

Baca seterusnya DI SINI.

Saturday, November 07, 2009

MY NPL 2009 - Menyertai Grand Finale

Hari ini hadir untuk tournament paintball Liga Kebangsaan MY NPL siri terakhir untuk tahun 2009. Perlawanan diadakan dia MAPAAC, ASTAKA, Petaling Jaya. Kali ini tak main dengan team asal aku iaitu YAKUZA tetapi join team Feva Division. Ini merupakan Division 4. Hanya aku dan Marcus sahaja yang tinggal dari YAKUZA kerana team mate yang lain tidak dapat turut serta atas urusan tugas masing-masing.  

Jika dalam siri pertama aku bersama YAKUZA dapat mara ke sweet 16 kali ini aku bersama Feva Division juga mara ke sweet 16 dan memperbaiki kedudukan dari tangga ke 13 naik ke tangga ke 9.

Dalam pusingan awal yang diadakan hari ini (7 Nov) kami main sebanyak 6 kali dan menang empat dari perlawanan tersebut. Team kalah game pertama dengan BPMB Espada dan juga dengan XO Dust dalam game kelima.

Dalam sweet 16 pasukan Feva Division akan berhadapan dengan Dominators. Dominators ini adalah merupakan team yang bersama kami semasa Bloggers Paintball Tournament pada bulan Januari 2009 lalu. Dalam tournament tersebut mereka mendapat temat ketiga sementara YAKUZA tempat kedua.

Friday, November 06, 2009

Tiket Final Piala Malaysia Habis

Tiket Final sudah habis.
Dijangka Stadium penuh sesak.
Pihak berkuasa patut memerhati penjualan tiket di pasaran gelap dengan harga yang melambung.
Ada tiket dijual hingga RM 50.

Sunday, November 01, 2009

Memburu Piala Malaysia

Piala Malaysia musim 2009 sudah sampai ke kemuncaknya dengan dua pasukan akan bermain untuk menentukan siapakah jaguh bolasepak Malaysia tahun ini.

Kelantan yang kali terakhir 39 tahun lalu menjejakkan kaki ke pertandingan akhir mencipta sejarah tahun ini dengan sekali lagi sampai ke perlawanan akhir. Lawan mereka ialah Jang hoben jang, Negeri Sembilan.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7hb. Oktober 2009 amat bermakna bagi kedua-dua pasukan.

Bagi Kelantan ia ingin mencipta sejarah dengan membawa balik piala berprestij bolasepak negara itu ke negeri Cik Siti Wan Kembang sementara Negeri Sembilan pula untuk menghadiahkan kemenangan itu kepada Yang Dipertuan Besar ke 11, Tuanku Muhriz Ibni Al Marhum Tuanku Munawir baru ditabalkan pada 26 Oktober yang lalu.

Kelantan berjaya mengenepikan Perlis setelah menang dengan agregat 5-1 di Stadium Utama Kangar.


Negeri Sembilan pula, ini merupakan kali keempat mereka mara ke Final Piala Malaysia iaitu 1948 (HMS Malaya), 2000 dan 2006. Pada tahun 1948, Negeri Sembilan muncul juara setelah mengalahkan Selangor 2-1.

Negeri  Sembilan pula menafikan Terengganu untuk mara ke Akhir setelah menang dengan agregat 4-1

Kredit gambar: Berita Harian Online

Tuesday, October 20, 2009

Arena Nicol David, Kuala Lumpur

The main squash arena  at National Squash Complex in Bukit Jalil today has been named Arena Nicol David. It was officially launched by the Minister of Youth and Sports, Dato' Ahmad Shabery Cheek  today.
Besides the opening of the Arena Nicol David, a gallery dedicated to her performance was also officiated. The gallery was decorated with her medals, trophies, official national attires and the priceless item is her first squash racket.











Monday, October 19, 2009

Squash Court After Datuk Nicol

Tomorrow 20th October 2009, the main squash court at National Squash Complex in Bukit Jalil will be officially named after Malaysia squash queen, Datuk Nicol Ann David. It will be an honour for her great achievements for being the top female squash player in the world.

The ceremony will be officiated by the Minister of Youth and Sports Dato' Ahmad Shabery Cheek at 2.00 p.m.


KALENDAR

Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor
19-20 December 2009

Paintball - My NPL Grand Finale
7 & 8 Nov 2009
ASTAKA, Petaling Jaya

Paintball- World Cup Asia 2009
19-22 Nov 2009
Xtion Paintball Park, Bukit Jalil






AFFILIATE