Friday, March 30, 2012

Penglibatan Keluarga Di Raja Dalam Sukan Negara

Apabila membincangkan sejarah perkembangan sukan di Malaysia, kuliah Kursus Sains Sukan SPKK telah membahagikannya kepada empat Era iaitu

  • Zaman Sukan Tradisi
  • Era Pra Merdeka
  • Era Selepas Merdeka
  • Era Modern
Pada Era selepas Kemerdekaan, dinyatakan bahawa perkembangan sukan di Malaysia mula mendapat perhatian ahli-ahli politik di mana pada masa itu beberapa orang Ahli Politik mula menjadi pemimpin dalam Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan. Antara mereka yang melibatkan diri termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, Allahyarham Tun Ghazali Shafie dan sebagainya. Banyak juga kemajuan dan perkembangan yang telah mereka bawa dalam membangunkan sukan negara dan nama negara mula mendapat tempat di peringkat antarabangsa melalui penglibatan dalam sukan-sukan di peringkat tersebut. 

Kini dalan Era Moden sukan di Malaysia, kita lihat pula kesinambungan kepada penglibatan ahli politik berterusan tetapi satu perkembangan baru berlaku iaitu dengan penglibatan keluarga Di Raya pula. Antara mereka yang terlibat secara langsung ialah DYMM Tengku Ahmad Shah, DYMM Tengku Abdullah, DYMM Raja Tan Sri Mohar, DYMM, Raja Nazrin Shah dan terkini DYAM Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Idris pula dikatakan berminat untuk menyertai KOM. Tidak juga dilupakan Tan Sri Tengku Imran yang memimpin Majlis Olimpik Malaysia. 

Sejauh manakah penglibatan ahli Di Raja akan dapat meneruskan kesinambungan pembangunan sukan di negara kita ke tahap yang lebih tinggi, sama-sama kita tunggu dan lihat. 
 

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger